Dalam menghadapi orang2 miskin peminta sedekah disekeliling kita sekarang. Mereka akan tarik2 tangan kita meminta duit, kalau kita tak bagi, kita takde duit, mereka mungkin akan mencubit atau membaling batu pada kita. Kalau kita bagi duit, mereka mungkin meminta lagi dan mungkin merampas semua duit di tangan kita. Apabila kita berbaik dan percaya mereka, mereka mungkin mengkhianati kita.
Apa pendirian kita terhadap mereka?
Dalam mencari satu pendirian dalam hidup, perlulah kita rujuk kepada contoh yg terhebat Allah telah hadiahkan kepada kita. Nabi Muhammad saw. Nabi adalah manusia hebat di mata Allah, dalam hatinya ada kelembutan, kesederhanaan, kasih sayang.
Ingatlah pesan Nabi saw. BALASLAH KEBURUKAN DENGAN KEBAIKAN.
Yang utama sekali, perlulah Al Quran menjadi rujukan kita. Berdasarkan khutbah oleh Nouman Ali Khan in 'Who are the People of Taqwa', beliau mengisahkan tentang kejadian fitnah yang telah menimpa ummul mukminin kita, Aisya RA. Kita semua tahu cerita itu. Tapi tahukah kita, siapakah orang yang telah menfitnah dan berniat busuk menjatuhkan maruah Aisya dan Nabi saw? Dia adalah seorang lelaki miskin, yg mana selama ini, ayah Aisya sendiri iaitu Abu Bakar Ra selalu memberi 'allowance' 'wang belanja' kepada dia. Disebabkan kemarahan Abu Bakar terhadap fitnah yg disebarnya, Abu Bakar menghentikan perbelanjaan yg selalu diberikan kepada lelaki itu. Logik bukan? Adil bukan?
TETAPI, Allah malah menegur/menasihati Abu Bakar dgn turunnya Ayat 22 dalam Surah Annur.
"Dan janganlah orang yg MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN KELAPANGAN diantara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kerabatnya, orang2 miskin dan orang yang berhijrah dia jalan Allah. HENDAKLAH MEREKA MEMAAFKAN DAN BERLAPANG DADA. APAKAH KAMU TIDAK SUKA BAHAWA ALLAH MENGAMPUNIMU?..."
Mereka adalah orang miskin. Malah ada yang tidak mempunyai bapa. Sudah hilang sumber pencarian hidup pada umur seawal 11 tahun kebawah pun. Hidup beratapkan khemah, beralas tanah, beserta lalat2. Waktu sejuk tiada comforter tebal, tiada heater. Waktu panas tiada kipas, kemudahan air juga terhad. Dinding batu mereka tiada untuk melindungi diri dari hebatnya extreme suhu bumi mesir ini!
Ada yang berkata, "kenapa budak2 ni tak bekerja, tak pergi belajar". Wallahi sewaktu kita berumur sebegitu, kita hidup enak senang lenang dibawah tanggungan ibu bapa! Mereka semuda itu, miskin tidak punya siapa2, hidup merempat adakah itu kehendak mereka? Bagaimana kalau Allah menggantikan kedudukannya dengan kedudukanmu?! Mampukah anda? Dalam keadaan hidup yang sempit dan mendesak, takde pembimbing, pemikiran akal mentah typical budak2, dapat duit, beli jajan laa. Mana ada fikir nak beli buku.
Mereka kerja ke, tak kerja ke, sendiri malas nak kerja ke, itu bukan masalahnya. Mereka KANAK-KANAK! Duduk atas jalan sepanjang panas terik matahari, sepanjang sejuk beku musim winter, meminta wang, itulah kot kerja mereka. Tanggungjawab kita adalah berkongsi, memberi apa yang mampu, pada yang meminta, yang kurang bernasib baik. Kalau hebat lagi boleh jumpa gabenor mesir, usulkan macam mana nak basmi kemiskinan dalam masyarakat mesir. Sedangkan i dividu terpelajar eg doktor kerja hospital kerajaan pun kerajaan hanya bagi gaji 1000le~500rm.
Ada yang bersahaja berseloroh, "oh tengok tu budak2 tu belanja beli coklat/air/jajan mahal". Biarlah mereka pun nak rasa apa yang kita tiap2 hari beli tu. Sekali sekali belanja diaorang makan makanan nasi, ayam, coklat mahal, mereka pun nak merasa yang lain, selain makanan harian mereka tok miah dan sayur mentah!
Ada yang bertanya "mengapa mereka begitu kurang ajar kurang adab?" Wallahi kita dihujani kasih sayang dan didikan melimpah ruah pada umur sebegitu, malah sepanjang hidup kita! Kita punya keluarga, makan minum cukup terjamin setiap hari, Allah menghujani kita dengan bermacam rahmatnya. Allah menguji kita dengan kehadiran golongan yang tidak berkemampuan di sekeliling kita. Seharusnya kita merendah diri, mensyukuri nikmatNya, bukti kesyukuran itu dengan mentaatiNya. Mengasingkan dan mengagihkan sebahagian harta kita sebagai HAK buat mereka. Janganlah kita menghina mereka, kerana kita menghina takdir yang Allah telah tetapkan buat mereka.
Di nasihatkan strictly untuk tidak bawa mereka masuk rumah, ye. Banyak kes yang telah berlaku. Tapi janganlah sekali2 kita membenci mereka. Jangan sesekali tawar hati utk menghulurkan segenih dua pada mereka. Tegurlah tapi jangan bersikap kasar dgn mereka.
Dan apabila dibantu dan diramahi mereka, tak perlu ada ruang dalam hati untuk merasakan betapa 'baiknya' 'generousnya' diri kita. Apa yang kita ada, Allah yang beri, untuk dibelanjakan semula pada jalanNya. Ia HAK mereka. Bukan milik kita pun pada hakikatnya. Betapa Allah mengasihi orang2 miskin terutama anak2 yatim melalui ayat2Nya. Sewajarnya mereka kita kasihi.
KINDNESS IS NEVER CONDITIONAL.
Dengar cerita ada lelaki melayu atau indonesia yang sampai memukul mereka. Ya mereka memang kadang2 mencabar kesabaran kita. Tapi..? Wallahuaklam. Boleh fikir sendiri. Semoga diberi kecerahan.

No comments:
Post a Comment