About Me

My photo
Wilayah Persekutuan, KL, Malaysia
Am a fervent 20 year old teen. proud Muslim. proud Malaysian. Currently studying in Egypt, taking up medicine, insyaAllah. slowly adapting through life circumstances, trying to find definitions, meaning, my very stand. frequently asking myself questions and contemplating, now to live up with sanity, i write :)

Wednesday, June 12, 2013

Pengajaran Nabi Musa dan Tongkat

One not so fine day aku mengeluh pada ayah tentang hati dan perasaan aku dalam email yang sangat panjang. Hehe.

Tentang masa lalu yang berat untuk ditanggung dan kebenaran yang pahit untuk ditelan.
Ayah menceritakan pada aku, pengajaran disebalik kisah Nabi Musa as dengan tongkat baginda. Pengajaran yang hebat, yang aku cuba jadikan  pegangan dan sebahagian dari prinsip hidup aku sekarang.

....

Nabi Musa sering berjalan membawa tongkat ditangannya. Tongkat tersebut membawa bermacam kemudahan dalam urusan hidupnya.



Pada hari pertama Nabi Musa berbicara dengan Allah, Allah memerintahkan Nabi Musa untuk melemparkan tongkat yang ada di tangannya. Sekelip mata, tongkat itu bertukar menjadi seekor ular besar yang sangat menakutkan dan mampu membahayakan diri Nabi Musa sendiri.

Allah lantas mengarahkan Nabi Musa untuk pegang ular tersebut dibahagian kepalanya. Nabi Musa, walau dengan penuh ketakutan, menuruti perintah Allah dan sebaik di pegang kepala ular tersebut, ular itu bertukar menjadi tongkat semula.

Kemudian Allah memberi tugas besar pada Nabi Musa untuk berdepan dengan Firaun. Hal itu sesuatu yang berat bagi Nabi Musa, dan nabi meluahkan kegusarannya pada Allah, Allah menguatkan Nabi Musa dengan Nabi Harun. Walau dengan kekurangan yang ada pada Nabi Musa iaitu beliau seorang yang gagap, dan juga seorang pesalah eg pembunuh yang sememangnya diburu oleh penguasa di Mesir, Allah tetap memerintahkan untuk Nabi Musa menghadap Firaun, dan Nabi tetap Musa akur.

Akhirnya seperti yang kita semua tahu, pesihir2 hebat firaun semuanya kalah, dengan tongkat Nabi Musa yang menjadi ular besar, yang memakan ular2 dari pesihir firaun. Ular besar tersebut kini menjadi asbab kepada kemenangan Nabi Musa.

....

Pengajarannya dari sudut tongkat tersebut. Betapa pentingnya untuk kita TAAT pada Allah dalam setiap situasi dan kondisi, mudah atau susah, logik atau tidak.

Tongkat yg selama ini menjadi kegunaan Nabi Musa mampu menjadi ular yang membahayakan Nabi sendiri. Melalui taat kepada arahan Allah, Nabi Musa selamat.

Ular yang membahayakan pada awalnya itu pula, telah menjadi kekuatan bagi Nabi Musa, suatu kebaikan yang menyebabkan kemenangan bagi Nabi Musa. Iaitu apabila Nabi Musa menuruti perintah Allah untuk berdepan dengan Firaun dan menyerunya kepada tauhid. Walaupun pada mata akal logik seseorang manusia, sangatlah aneh dan berisiko tindakan tersebut oleh seorang lelaki biasa seperti Nabi yang juga merupakan 'penjenayah buruan' kerajaan sendiri, menghadapkan diri di hadapan penguasa kejam Mesir.

....

Dalam kehidupan, perkara di mata kita yang baik, mungkin boleh membawa keburukan. Tetapi dengan taat kepadaNya, kita terlindung.

Perkara di mata kita yang buruk, mungkin boleh membawa kebaikan. Iaitu dengan taat kepadaNya, kita terpelihara.

Begitulah, dalam apa2 kondisi, seorang muslim dan mukmin sejati sentiasa memperoleh hakikat kemenangan dan keuntungan. Hanyalah kita perlu, untuk TAAT pada perintah Allah walau apa jua keadaan sekalipun, kita YAKINI ketentuanNya walau seberat mana untuk dipikul, pasti kita terlindung dan terpelihara sentiasa.

....

Aku benar2 pendosa yang telah banyak membuat kesilapan dalam hidup dengan nikmat yang Allah telah limpahkan kepadaku. Tidak akan aku teringat akan masa silamku tanpa merasa remuk hati dan bersalahnya jiwa penyesalan.

Apatah lagi bagi seorang ayah yang selama ini selalu mengharapkan dan mengimpikan yang indah2 untuk anaknya, dari anaknya. Pasti hatinya juga terguris hiba pada masa itu.

Tapi dia memaafkan dan meredhainya. Menerimanya dengan hati yang tenang dan tidak pernah kekang dari kesyukuran.

Dan dia mengajar aku.

Aku yakin tidaklah aku akan berdiri disini, melainkan kerana doa yang tidak pernah putus dipanjatkan olehnya kepada Allah, di malam hari dengan titisan air mata seorang bapa.

Terima kasih ayah.

No comments:

Post a Comment