About Me

My photo
Wilayah Persekutuan, KL, Malaysia
Am a fervent 20 year old teen. proud Muslim. proud Malaysian. Currently studying in Egypt, taking up medicine, insyaAllah. slowly adapting through life circumstances, trying to find definitions, meaning, my very stand. frequently asking myself questions and contemplating, now to live up with sanity, i write :)

Tuesday, April 10, 2012

Nabiku, Muhammad SAW


i thought i wanted to share something i find interesting about the basic characters of my Nabi saw yang kita boleh tiru as we go through our everyday life. tak kenal maka tak cinta! ehe. ehe. i took some of the points i like from here. you can read a LOT more of Nabi saw at that blog :)

Nabi saw bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya (malaysia kalau bagi salam kat orang tak kenal mesti dia kasi sama kita muka pelik kan? haa sangat berbeza dari budaya di egypt)
  
senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya.

Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, (kita pula terbalik. kalau hal yang melibatkan diri la gila2 nak marah, bila libat orang lain, atau Islam, kita takde lah api sgt aaan), bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, (tak macam kita k, guna jari telunjuk tu) dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya (yang ni cam menarikkan ?), dan bila baginda marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira dipejamkan matanya (comelnya Nabi! saw :)), kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum.

Baginda senantiasa bersikap pertengahan (Ya Allah ajarkanlah kami, faham kan kami akan sikap pertengahan seperti Nabi kami saw) dalam segala perkara, tidak banyak membantah.

Rasulullah SAW tidak duduk dalam sesuatu majelis, atau bangun daripadanya, melainkan baginda berzikir kepada Allah SWT baginda tidak pernah memilih tempat yang tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di suatu tempat yang tertentu. (sangat bertentangan dengan pemerintah2 zaman sekarang. lagi dia ada kuasa lagi nak VVVVVVVVVVIP seat dengan seberapa banyak V yang mungkin-.-)


tidak banyak bergurau atau beromong kosong segera melupakan apa yang tiada disukainya, tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanya, tidak suka menjadikan orang berputus asa. Sangat jelas dalam perilakunya tiga perkara yang berikut. Baginda tidak suka mencela orang dan memburukkannya. Baginda tidak suka mencari-cari keaiban orang dan tidak berbicara mengenai seseorang kecuali yang mendatangkan faedah dan menghasilkan pahala. (fikirlah sebelum bicara !)

Baginda tertawa bila dilihatnya mereka tertawa, dan baginda merasa takjub bila mereka merasa takjub. Baginda selalu bersabar bila didatangi orang badwi yang seringkali bersifat kasar dan suka mendesak ketika meminta sesuatu daripadanya tanpa mahu mengalah atau menunggu, sehingga terkadang para sahabatnya merasa jengkel dan kurang senang, tetapi baginda tetap menyabarkan mereka dengan berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan menghardiknya!". Baginda juga tidak mengharapkan pujian daripada siapa yang ditolongnya, dan kalau mereka mau memujinya pun, baginda tidak menggalakkan untuk berbuat begitu. Baginda tidak pernah memotong bicara sesiapa pun sehingga orang itu habis berbicara, lalu barulah baginda berbicara, atau baginda menjauh dari tempat itu.
  
Suka membuat yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi oleh yang lain. Baginda meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang lain. (Don't blame the world, blame ourselves. cuz we are not showing off good examples to people)

Moga kita dapat beramal. Moga Allah ingatkan kita, beri petunjuk kepada kita, tentang sifat pertengahan Nabi saw, mengikut garisan pertengahan(keseimbangan) yang diajar agama kita. Moga Allah jadikan kita yang beramal dengan ilmuNya. Moga Allah menjadikan kita yang beramal keranaNya.